Rahim, Syazril Eskay serah bukti
RAJA SYAHRIR ABU BAKAR dan WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 24 Mac – Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan seorang ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah tampil memberi keterangan dan menyerahkan rakaman bukti video seks lelaki didakwa pemimpin parti pembangkang kepada pihak polis hari ini. Turut diserahkan kepada pihak polis adalah seutas jam tangan jenama ‘Omega’ yang didakwa milik pemimpin tersebut.
Abdul Rahim yang hadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman kira-kira pukul 5 petang disoal siasat hingga pukul 9.45 malam ini. Beliau ketika ditemui pemberita memberitahu, semua bukti yang ada sudah diserahkan kepada polis. Katanya, segala keterangan yang diberi kepada polis penting untuk membantu siasatan dan menunjukkan siapa aktor dalam rakaman video seks itu. “Harap bukti asli yang diberi boleh disiasat secara forensik, sekiranya ada penipuan atau tidak. Kalau perlu, ketulenan itu boleh dibuktikan dengan bantuan FBI (Biro Siasatan Persekutuan). “Saya berharap, keterangan ini dapat membantu mempercepatkan proses siasatan. Jika kerajaan setuju, suruhanjaya diraja perlu ditubuhkan bagi membolehkan siasatan terperinci dibuat dan memuaskan hati semua pihak,” kata Abdul Rahim selepas selesai memberi keterangan.
---------------------------
Marketing is an activities and processes for creating, communicating, delivering, and exchanging offerings that creates value for stakeholders. In doing so there are few main elements need to be taken care of; product, price, place, promotion and perhaps timing too. In a process of creating, communicating and delivering the so called value, one must not overdo it. Sometimes overdoing could backfire, could ruin the whole things. 3 minggu lagi sebelum pilihanraya Sarawak adalah masa yang paling sesuai untuk mengeluarkan semua peluru yang ada dan jangan terkejut kalau nanti ada yang lebih ”surprise....” bak kata Eric Deco deco deco.
Tapi aku lagi la surprise sebab yang buat cerita DSAI dan pelacur warga asing tu dulu pernah dilabelkan ”kalau tiang letrik pakai skirt pun dia tibai....”. Sukar mempercayai semua ini. Womanizer, gay, mole... pakej yang lengkap. Tapi ’methodology’ yang digunapakai kurang effective. Tak solid, tak kukuh sekukuh tiang letrik tadi membuatkan ’finding’nya very questionable. Tambahan pulak dah dekat nak pilihanraya ni. Apa-apa pun kita jangan melompat (biarkan aje Cashvinder sama Jamaluddin melompat), kita serahkan pada hakim yang arif lagi bijaksana untuk menilai semua ini. Panggil FBI, CSI New York ke, Lieutenant Horatio buat penelitian atau tubuhkan saja Suruhanjaya Diraja. Semua pun sekarang suka Suruhanjaya Diraja ni...kes Beng Hock, kes VK Lingam, kes Soi Lek.. kes Hantu Kak Limah balik rumah dsbgnya.
So lagi sekali masa aku driving balik dari kerja aku terfikir semula kisah si lelaki Y dan si tiang letrik, lalu aku letakkan diri aku in Anwar’s shoes. Lama-lama aku jadi kesian dengan dia. Umur dah lanjut, kekuatan fizikal dah kurang. Musuh politik depan belakang, kawan baik hari ini esok boleh jadi musuh no 1. Tekanan politik bermula dengan penjelasan tennis-mate Nalla, tangisan Umi Hafilda, keluar pulak buku Tun Mahathir. Sekarang si tiang letrik pulak dah keluarkan peluru. Series tu beb! Mesti dia penat balik rumah macam aku jugak. Tapi macam air di lautan, kalau di tepian pantai Danga Bay tenang saja airnya, bila dah ke tengah sikit mulalah bergelora, lagi tengah Laut China Selatan silap haribulan tsunami melanda. Anwar hebat sebab katanya kalau tak berani di lambung ombak jangan berumah di tepi pantai. Kalau takut dengan risiko usah bicara pasal perjuangan.
P/s - Aku simpati dengan DSAI walaupun masih tidak sependapat dengan perjuangannya.
No comments:
Post a Comment