January 20, 2011

Minggu Ini

Hari ini dalam sejarah. Semalam ada dua meeting, big time. AM Senate followed by Tranformation Steering Committee yang lasted sampai kul 6.30PM. Tak pernah aku handle dua meeting besar dalam satu hari sebelum ni. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik walaupun SC meeting tu akan disambung lagi minggu depan. Pagi Khamis, kena pulak interview session. Gagal aku nak tengok 'well-well' 2011. Selalunya tiap2 tahun aku singgah jugak kat Gunung Curo tu walaupun dari kejauhan...;-)

Esok Jumaat kerja kena diteruskan. Ada beberapa visit untuk akreditasi yang perlu diteliti minggu depan ni. March akan ada external workshop sebelum handing over Transformation ni pada TPO. Aku pun dah 'janji' dengan bos nak siapkan documentation Transformation Plan study sebelum 31 March nanti. Aku hint bos semalam, KPI dah met (huhu) so bolehlah concentrate dengan documentation tu. Bos pulak hint aku balik. Katanya tahun ni tak senang nak dapat excellent lagi sebab expectation dah melangit. Aku baru je berangan-angan nak dapat 'turkey' untuk PDA tahun ni. Rekod tu kalau dapat tiga tahun berturut2.

For the past one month aku berjaya membusykan diri. Aku terpaksa kalau tak aku boleh pusing. Pusing sampai pening sampai timbul kemalasan untuk mengupdate blog ni. Hanya 3 posting dalam 3 minggu sesangatlah tak produktifnya.

Persekolahan budak2 tu pun dah ok. Weekdays mereka ke St Micheal, weekend mereka akan ke Taqwa untuk kelas mingguan tahfiz. Seronok tengok depa tiap malam dah pandai ambik quran nak hafal surah. Katanya weekend nanti Ustaz nak tanya. Cuma diaorang agak terkilan sebab tak dapat ke kelas taekwondo malam sabtu. Awek Kiki dah tukar talipinggang biru rupanya, tu yang 'bising' sangat tu. Aku berjanji akan rearrange semua tu minggu ni. Penat la sikit tapi takpe aku happy dengan semua pembaharuan ini.

Ok. Hopefully minggu depan ni motivasi untuk update blog akan kembali. Sebenarnya ada banyak idea untuk menulis. Cuma gagal direalisasikan oleh jejari ni..huhu alasan tahap tinggi tu.

Orait then. To those yang celebrate Thaipusam hari ni, happy celebrating it.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...