Hari ini dalam sejarah. Semalam ada dua meeting, big time. AM Senate followed by Tranformation Steering Committee yang lasted sampai kul 6.30PM. Tak pernah aku handle dua meeting besar dalam satu hari sebelum ni. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik walaupun SC meeting tu akan disambung lagi minggu depan. Pagi Khamis, kena pulak interview session. Gagal aku nak tengok 'well-well' 2011. Selalunya tiap2 tahun aku singgah jugak kat Gunung Curo tu walaupun dari kejauhan...;-)

For the past one month aku berjaya membusykan diri. Aku terpaksa kalau tak aku boleh pusing. Pusing sampai pening sampai timbul kemalasan untuk mengupdate blog ni. Hanya 3 posting dalam 3 minggu sesangatlah tak produktifnya.
Persekolahan budak2 tu pun dah ok. Weekdays mereka ke St Micheal, weekend mereka akan ke Taqwa untuk kelas mingguan tahfiz. Seronok tengok depa tiap malam dah pandai ambik quran nak hafal surah. Katanya weekend nanti Ustaz nak tanya. Cuma diaorang agak terkilan sebab tak dapat ke kelas taekwondo malam sabtu. Awek Kiki dah tukar talipinggang biru rupanya, tu yang 'bising' sangat tu. Aku berjanji akan rearrange semua tu minggu ni. Penat la sikit tapi takpe aku happy dengan semua pembaharuan ini.
Ok. Hopefully minggu depan ni motivasi untuk update blog akan kembali. Sebenarnya ada banyak idea untuk menulis. Cuma gagal direalisasikan oleh jejari ni..huhu alasan tahap tinggi tu.
Orait then. To those yang celebrate Thaipusam hari ni, happy celebrating it.
2 comments:
Gunung Curo? Kat mana tuh?
Ipoh
Post a Comment