January 30, 2011

Tak Sihat

Story Mori # 1 - Maksu Sakit

Tiada apa yang boleh merosakkan hari minggu yang damai kecuali berita Maksu sakit di Putrajaya. Sakit perutnya berpanjangan. Kali ini katanya datang sekali dengan demam, muntah & sakit perut yg menghiris. Uji confident dia cuma gastrik tapi aku memikirkan sesuatu yang lebih daripada itu. At the same time aku juga amat tidak mengharapkan sesuatu yang lebih buruk seperti ulser perut, Big C atau yang seangkatan dengannya pada Maksu.

Maksu adik arwah mak, the one and only. Macam aku dengan Uji, kami berdua sahaja adik beradik daripada keluarga Ariff Salim dan Siti Aminah. Bezanya kami berdua lelaki, mak dan maksu gender sebaliknya. Hidup aku jadi tak tenang, agaknya seperti kekecohan yang akan melanda N05, Tenang esok hari dalam menghadapi PRK. Kali ke 14 selepas PRU-12 yang lalu.

Hari ini dah dua kali aku menelipon. Kalau tak disebabkan budak2 yang ke Taqwa minggu ni, rasanya hendak aja aku henjut ke Putrajaya. Takpalah raya Cina nanti aku turun Putrajaya jumpa Maksu. Harap2 sakitnya berkurangan sehari dua ni..


Story Mori # 2 – Abdullah Hussin Tak Sihat

Aku boleh memahami perasaan Abdullah Hussin. Perasaannya pasti seperti dirobek-robek, dirogol (huh..), diperkosa (huh..)dengan berita bahawa karya interlok beliau akan diubahsuai mengikut kepentingan dan kehendak sesuatu pihak. Setelah 40 tahun karya itu tidak pernah dianggap sensitif, baru sekarang puak2 ni disedarkan dengan penggunaan satu perkataan yang maha sensitif. Nama pun karya, seni sastera sememangnya penggunaan perkataan-perkataan sensitif berleluasa. Disitulah nanti terserlah kebijaksanaan, keintelektualan seseorang menafsirkan karya-karya itu dari perspektif mereka yang tersendiri. Kalau semua dah tak boleh bukan karya namanya, itu buku polisi dan guideline.

Aku tak nampak mana sensitifnya karya itu kecuali permainan politik untuk melihat sejauh mana kekuatan mereka di tanah air yang tercinta ini. Juga melihat sejauh mana Melayu ni boleh berkompromi. Apa susah. Trend sekarang ni redah aja dulu, pastu mintak maaf. Simple je nak settle ngan orang Melayu ni.

Datuk Abdullah Hussin sudah lanjut usianya. Kalaulah perkara ini berlaku 40 tahun dulu mahu huru-hara agaknya Malaysia dengan krisis ini. Mahu diajaknya MIC ke, PPP ke PKR ke berdebat untuk melihat sejauh mana sensitifnya karya beliau. Mahu juga agaknya diajak TPM (yang juga Menteri Pelajaran) untuk ambik HSE sekali lagi, untuk melihat kasta pelajaran antara keduanya sebelum TPM layak bersuara. Bagi aku menceritakan sesuatu yang realiti bukan menjadi satu kesalahan. Sejarah dipelajari untuk menjadi sempadan kepada masa depan.


Story Mori # 3 – Maarof Pulak Dah Kritikal

Kecoh pasal Cikgu Maarof, suami kepada Cikgu Mala calon PRK Dun Tenang menipu MC untuk sama-sama berkempen bagi pihak isteri beliau. Ini lagi hebat. Jarang anak Melayu menipu MC ni sampai 21 hari. Jarang jugak doktor berani kasi MC sampai 21 hari kalau tak disebabkan sakit yang kritikal. Aku yang sakit separuh mampus dulu pun masuk hari kedua dah terbayang-bayang muka En Din datang suruh sambung kerja, apa lagi kalau dah mencecah berminggu-minggu. Mau dia kata ”ko nampak itu pintu...get outttt...(huhu..)”.

Apa-apa pun kita lihatlah nanti keputusan N05 Tenang samada Cikgu Mala berjaya mencuri kerusi DUN atau sebaliknya Cikgu Maarof terpaksa mengadap Kementerian berkenaan cuti sakit beliau. Confirm ubat penenang akan diberikan selepas ini..


P/s – semoga sahabat blogger YuYun kembali mendapat semangatnya semula selepas mendengarkan lagu kat bawah ni..

2 comments:

Yuyun@HanLeeYun a.k.a. KuLaT_NaKaL said...

semoga Maksu tabah menghadapi dugaan yang diberi.. bermunajatlah semoga disembuhkan penyakitnya...

capri... said...

InsyaAllah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...