Ahad: aku balik Parit 1 Chikus. Tanah tumpah tempat kelahiran. Lama dah x balik semenjak tanah sawah tu kena jual. Bagus jugak jual kalau x tu lah punca boleh bawak bergaduh sesama sedara mara. Ptuihh..hampeh kalau diingat-ingatkan. Kampung dah berubah, jalan dah berubah, sungai dah berubah serba-serbinya dah berubah. Aku lagi la banyak berubah. Agaknya tu sebab perubahan terasa amat terasa. Apa punya bahasa la sentence kat atas ni. Anyway, kami balik kampung sebab ada yang x sihat.
Tengok tu jalan dah semak. Sungai dah keruh airnya. Dulu airnya agak jernih paras lutut je. Situlah tempat mandi, buang membuang dsbgnya. Titi siratalmustaqim tu pun dah usang sangat dah. Takut betul nak melintas pi rumah si Jaapar (tak patut betul dia ceraikan bini Cina dia yang baik sesangat tu..Jaapar, Jaapar!)
Masa nak balik last minute kami decided to pusing bandar Teluk Intan. Nak tengok Menara Condong a.k.a. 'Pisa' Teluk Intan. Sampai kat area Chuk Chak (lepas pekan Langkap) Maksu pun ceritalah masa kecik2 dulu dia sama awah mak jalan kaki 3 jam dari Parit 1 ke tempat kerja. Kerjanya menanam sawah kat bendang tauke Cina kat Chuk Chak tu. Pagi2 seawal pukul 5 maksu, arwah mak, mak Teh (yang dah bergelar Datin) and few others, led by arwah Pak Nan jalan kaki subuh2 sepiee (sepiee ni nak menambahkan perisa pada perkataan subuh yan kelam, gelap tu). Kereta kami dari Parit 1 tu aku kira sampai area Chui Chak tu adalah dalam 1/2 jam. Takleh bayangkan penderitaan and at the same time kesungguhan orang dulu2..Thank you mak kerana berjaya mengubah kehidupan kita.
Menara condong Teluk Intan diambil menggunakan Pentak Compax S10 waktu tengah panas lit-lit. Nampak menarik. Sebenarnya menarik lagi masa naik kat atas menara tu..
No comments:
Post a Comment