Piala Malaysia telah melabuhkan tirainya. Semua tahu keputusan akhir perlawanan tersebut. Semua juga tahu betapa fanatiknya penyokong ‘Red Warrior’ pada malam 7 Nov itu. Tak sampai separuh masa penyokong pahlawan merah dah bertukar jadi pahlawan marah. Menjelang tamat perlawanan kawasan tempat duduk jadi mangsa amarah penonton. Tidak habis di situ, berita tersebut disensasikan lagi di dada-dada akhbar arus perdana yang memainkan isu ini seakan ianya isu politik semasa (baca ruangan Paknil MyMetro 8 Nov 2009, Zulkiflee Bakar, UM 15 Nov 2009)
Tapi bukan detik-detik kejadian itu yang nak dikongsikan kali ini. Yang nak dikongsi adalah karakter dan pembawaan rakyat Kelantan yang kadang-kadang dilihat bersikap amat fanatik tak kira samada ianya berkaitan ugama, budaya malah akhir-akhir ni dalam sukan bola sepak juga.
Aku pernah merasai suasana ‘hangat’ isu kenegerian semasa aku belajar di sebuah institusi pengajian tinggi di utara tanah air sekitar 1993. Sewaktu itu ada pengasingan yang nyata diantara pelajar-pelajar Kelantan dengan pelajar-pelajar negeri lain. Suasana hangat itu bukan setakat di utara malah telah merebak hampir ke semua cawangan-cawangan ITM seluruh negara. Di Arau, hampir setiap malam ada sahaja pergaduhan di luar kolej-kolej kediaman hingga ke ladang-ladang DPIM. Pagi esoknya pasti kedengaran berita pelajar dimasukkan ke hospital, malah ada yang ditangkap di pekan kerana terlibat dengan pergaduhan. Persengketaan itu berlarutan hampir seminggu. Geng Kelantan ni diketuai pelajar tahun 1, Mat Bros namanya sebab selalu pakai kasut ala-ala New Kids on The Block (ada besi dekat hujung kasut).
Aku pula mengambil sikap berkecuali. Maklumlah dengan bentuk badan comel rasanya tak ada team yang nak ambil aku. Lagipun waktu-waktu belajar dulu prinsip yang ku pegang “make love not war”.... sehinggalah sekarang masih belum banyak berubah. Cuma mungkin sedikit berbeza “make sex not war!”
Sifat berkecuali itu membuatkan aku selesa untuk berfikir kenapa agaknya sifat kenegerian ini begitu menebal di kalangan pelajar-pelajar Kelantan? Waktu itu aku agak pasti pelajar-pelajar masih belum lagi mengenal erti politik, apatah lagi slogan-slogan ketidakadilan, dulu kini dan selamanya ataupun rakyat didahulukan, takwa diutamakan.
Tun Dr M, sebagai bekas pengamal perubatan pernah menyatakan setiap kali beliau cuba untuk menyelesaikan sebarang permasalahan, beliau akan bertanya apakah simtom-simtom penyakit, kemudiannya mendiagnoskan penyakit tersebut sebelum memberikan preskripsi. Proses ini perlu dibuat agar root cause penyakit itu dapat difahami lalu preskripsi yang diberikan juga akan bersesuaian dengan penyakit yang dideritai.
Untuk permasalahan di atas, aku merasakan sifat fanatik orang-orang Kelantan ini root causenya mungkin disebabkan unsur-unsur survival dan pressure. Survival dan pressure selama lebih 20 tahun dianaktirikan kerajaan Pusat telah membina satu karakter dan keperibadian yang jitu. (by the way, selamat menyambut ulang tahun pemerintahan yang ke-19 Datuk Nik Aziz yang memerintah Kelantan semenjak 21 Okt 1990). Survival yang dimaksudkan ini bolehlah disamakan dengan survival kaum Cina & India di Malaysia. Mereka berusaha bersungguh-sungguh, sanggup berkelana ke serata dunia demi kelangsungan hidup bukan sahaja bagi diri mereka tetapi juga generasi-generasi yang akan datang. Sifat survival ini menjadikan rakyat Kelantan warga yang serba boleh (Kelantan Boleh! dalam erti kata yang tersendiri), hidup dalam kosmos sendiri (‘click & stick’), bangga menjadi anak jati Kelantan walaupun telah lama di perantauan (aku percaya sebahagian besar dari 65 ribu penyokong Kelantan tempohari adalah warga Kelantan yang telah lama bermastautin di KL & Selangor), taksub kepada pemimpin-pemimpin (segelintir membawa bendera Pas ke stadium) dan sebagainya.
Manakala pressure pula datangnya dari sifat rendah diri terhadap masyarakat sekeliling atau inferiority complex (maklumlah..royalti pun dah jadi ihsan!). Sifat ini menekan mereka menjadi seperti seseorang yang mahu menunjukkan merekalah yang terbaik, terhebat, terkuat dan sebagainya. Dalam proses itu, sedikit sebanyak ianya juga boleh menunjukkan “pekung di dada” yang jika tidak pandai ditutup, boleh dimanipulasikan pihak-pihak yang sentiasa menunggu peluang. Pressure inilah yang telah ditunjukkan penonton-penonton yang membakar kerusi-kerusi, baling botol & main mercun di Bukit Jalil tempohari. Teringat semasa aku bekerja di FAMA Selayang dulu, sifat ‘memberi ruang’ rakan & taulan ini dioptimisekan pihak-pihak tertentu sehingga ada pegawai yang ditukarkan balik ke cawangan negeri walaupun sudah lama menetap di KL.
Namun, ladies & gentlemen, ini cuma pandangan peribadi sahaja tapi aku pasti mungkin boleh dijadikan platform untuk pihak-pihak berwajib memulakan study secara terperinci apakah punca sebenar kefanatikan ini. Jangan hanya memberikan preskripsi penahan sakit, yang mungkin hanya boleh bertahan untuk jangkamasa yang amat-amat singkat.
P/s – Kepada orang-orang Kelantan, peace no offend. Kepada fanatik bolasepak Kelantan, jangan la kasi Tok Guru malu lagi (baca "Saya sangat dukacita dan malu dengan rakyat Kelantan," Worldnews.com, 8 Nov 2009), kepada Tan Sri Annuar Musa, PAS le jawatan tu pada orang lain. Kepada Indra Putra & Khalid Jamlus, moh le balik Perak.
5 comments:
Salam Mr. Capri,
Kupasan yang menarik untuk dihayati dan difikirkan. Sekadar ingin berkongsi pendapat peribadi mengenai isu ini. Org. Kelantan mmg terkenal dengan semangat kenegerian (asabiah) walaupun dimana mereka berada. Tapi bukan semua yang berkaitan dengan semangat kenegerian ini membawa konotasi negatif. Jika diterjemahkan kepada sesuatu yang positif banyak manafaat dapat dikongsi bersama. Sesuatu yang berkaitan dengan Kelantan sering dipandang negatif adalah antara punca warga Kelantan fight for their survival.
Good comment. Maybe someone may want to comment on this too... "Survival dan pressure selama lebih 20 tahun dianaktirikan kerajaan Pusat telah membina satu karakter dan keperibadian yang jitu...."
Salam,
Most Kelantanese mempunyai semangat kenegerian yang bersifat positif. Serambi Mekah diberi nama bukan saja-saja. Hanya segelintir yang berperawakan 'too survival' dan terbawa-bawa. Lagipun kita mana tahu siapa penyokong parti mana di Bukit Jalil tempoh hari..
Survival spirit yang ada pada orang Kelantan lah antara faktor utama mereka berjaya di luar Kelantan
Salam bro. I tend to agree with you. Kelantan has been discriminated for a very long time. Actually, even until today. It is the only state in Malaysia that BN just cannot win. Kelantanese are survivors and no one can deny that BN has played a major role in making that happen!
Post a Comment