Adakah anda sebagai ibubapa membenarkan anak anda pergi ke sekolah yang anda telah sedia maklum guru matematiknya bertegas menyatakan 1+1=3 sedangkan setelah sekian lama anda mempelajari dan secara prinsipnya anda amat yakin 1+1=2?
Kalau jawapannya ’ya’, samada tidak kedapatan lagi sekolah-sekolah lain di kawasan itu atau anda juga sudah mempercayai 1+1=3. Selain daripada dua jawapan itu saya boleh katakan yang anda BODOH!
Persoalannya apabila penganut agama Islam yang ditangkap pada serbuan yang dilakukan di Gereja Methodist Damansara Utama mengatakan beliau amat miskin dan hanya mengharapkan ehsan Gereja Katholik untuk sesuap nasi, anda masih percaya pada jawapan yang sebegitu? Atau anda rasa dia pun dan sebelas lagi penganut agama Islam yang ditangkap itu sudah percaya 1+1=3? Sudah tidak adakah lagi institusi-institusi Islam yang lain, Baitul Mal misalnya untuk menyalurkan bantuan sekiranya benar mereka miskin dan daif serta tergolong antara satu dari tujuh asnaf?
Jika dilihat daripada umur kedua-dua belas orang Islam yang ditangkap dalam serbuan itu, rata-ratanya masih berumur lingkungan 30an. Mana mungkin pekerja asing tanpa izin boleh hidup senang lenang sekiranya masih ada penduduk Malaysia berumur 30an yang masih tidak bekerja dan mengharapkan sesuap nasi dari Gereja?
Dan seperti yang saya katakan tadi, selain daripada jawapan-jawapan di atas, yang paling BODOH adalah bilamana ada segelintir umat Islam sendiri yang menjual agamanya dengan nilai yang murah. Menjual maruah kerana takut hilang vote...
P/s – Kata P Ramlee ”inilah sandiwara dunia” (di bulan Ramadhan pulak tu..)
--------------
‘Buka puasa’ di gereja: MCA selar Jais
Berita Bernama
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyifatkan tindakan para pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu Pusat Methodist Damansara Utama di sini ketika satu majlis makan malam pelbagai kaum diadakan di situ, adalah tidak wajar dan memalukan. Kata beliau walaupun terdapat aduan atau wujud keadaan yang meragukan, para pegawai berkenaan sepatutnya tunggu hingga majlis pada Rabu malam itu selesai sebelum membuat pemeriksaan.
Dr Chua berkata Jais, yang terletak di bawah bidang kuasa anggota exco daripada PAS Datuk Dr Hassan Ali, perlu memberi penjelasan tentang isu itu dan memohon maaf kerana menceroboh premis gereja berkenaan serta kelemahan pihaknya mengendalikan perkara itu. “Kejadian ini menunjukkan bahawa PAS tidak liberal seperti yang didakwanya,” kata Dr Chua dalam kenyataan hari ini.
Naib presiden MCA Gan Ping Sieu pula berkata tindakan para pegawai Jais itu mencerminkan sikap pakatan pembangkang yang berfikiran sempit serta tebal dengan semangat kedaerahan.

No comments:
Post a Comment