Semasa aku skype untuk sessi interview petang tadi, aku teringat kisah kali pertama dipertemukan dengan mesin fax. Huhu..peristiwa berlaku semasa kami sedang dalam pra-persediaan untuk Operasi Khidmat Masyrakat (OPKIM) IV Ulu Pauh lewat 1992. Kami diberitahu betapa bertuahnya kerana dikalangan pelajar-pelajar Intekma kamilah kumpulan pertama yang diperkenalkan dengan mesin fax yang serba canggih itu. Canggih sebab benchmarkingnya adalah phone ATUR yang sebesar paha, baling anjing sure koma 2 setengah bulan..
Banyak yang kami pelajari daripada OPKIM IV. Daripada pra-persiapan belajar surat menyurat, belajar budaya desa (belajar bagaimana hendak tertib makan minum) hinggalah kepada penyemaian jati diri melalui kursus bina semangat di Pusat Peranginan Sik. Di kem tersebut ada dua perkara yang pernah disampaikan kepada ku, mengambil iktibar dan beristiqamah dengannya sehinggalah ke hari ini. Pertamanya sifat amanah dan keduanya positive thinking. Aku masih berusaha dengan yang pertama itu tetapi bersyukur kerana agak berjaya dengan sifat yang kedua. Kudos pada Ust Shafiai Uda Jaafar, tenaga pengajar di kem tersebut yang rasanya tak henti-henti memberikan tunjuk ajar sehinggalah saat ini (beliau dah ada consultant firm sendiri sekarang).
Di OPKIM IV aku mengetuai biro sukan. Sukan rakyat dari permainan ting-ting, sepak raga, lari dalam guni, terompah gergasi hinggalah tarik tali semuanya di bawah takluk jajahan aku (ayat arrogant..). Seronok rasanya masa tu. Yang sedihnya bila terpaksa meninggalkan ayah & ibu angkat, Shahril (adik kecik masa tu 6 tahun) dan Shahrina (yang sekarang telah menamatkan pengajian di UiTM).
Teknologi cepat berubah. Itu aku amat pasti dan akan cuba mengikuti perkembangannya. Cuma aku harap sifat amanah dan positive thinking tidak akan berubah dari diri aku sampai bila-bila..
Lagu ni memang xde kena mengena dengan posting di atas, tapi cam biasa suka hati mak bapak aku la kan nak taruk lagu...kuikuikui..
No comments:
Post a Comment