November 15, 2010

Aminulrasyid Amzah (1995–26 April 2010)

Edward De Bono in his message while flying from London to Chicago in April 2000 very disturbed with the back seats of his that recline/tilt back every time he move his body. It happened 26 times throughout the flight. It could be because of his unique body measurement or perhaps, according to him, this is an example of bad design. He then mentioned about CAF (stand for Consider All Factor) in designing or even in thinking before any action can be done. The CAF is one of the tools used for broadening perception, of which most of the professional people used to improve their thinking.

Well, what is this got to do with the above title?

If one can put their thinking ahead of their action, none of this unnecessary killing could take place. Do not rely on your emotion or unethical behavior just because you are in control of the situation (in this case a firearm). There’s no need to revamp the Force, this is just an individual unprofessional thinking. But one must start to think on how these individual put their thinking on situation.

And yet I’m still complaining of unnecessary pressure...?

--------------

Tidak dapat tahan emosi beri gambaran kedudukan mayat Aminulrasyid
Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
Utusan Malaysia Online 11 No 2010

SHAH ALAM 11 Nov. - Seorang pegawai forensik polis tidak dapat menahan emosi semasa memberi gambaran di Mahkamah Sesyen di sini mengenai kedudukan mayat remaja berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak pada April lalu. Pegawai penyiasat dari Unit Forensik, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Cif Inspektor Mazli Jusoh @ Che Kob dilihat menyeka air mata sewaktu memberi keterangan hari ini sebelum memohon untuk berhenti rehat selama lima minit bagi menenangkan dirinya.

"Seorang pegawai penyiasat kanan memberitahu saya mayat telah dialihkan oleh anggota unit kereta peronda dan kemudiannya telah diperiksa oleh pihak ambulans. "Saya berpendapat, kedudukan mayat telah dialihkan dari kedudukan asal dan mayat pada masa itu dalam keadaan amat menyedihkan apabila saya...,'' katanya dalam keadaan sebak sehingga tidak dapat meneruskan kata-kata.

Dalam keterangannya, Mazli memberitahu, beliau melihat muka Aminulrasyid dalam keadaan tersembam di tempat duduk pemandu dengan darah mengalir keluar daripada hidung, manakala badannya berada di luar kereta.Dia yang tiba di tempat kejadian pada pukul 3.20 pagi, 26 April lalu kemudiannya bertindak menggerakkan mayat yang hanya berbaju T dan berseluar pendek itu bagi meletakkannya dalam kedudukan yang lebih baik.

"Saya mengambil keputusan untuk meletakkan mayat dalam keadaan lebih baik kerana siasatan saya mungkin mengambil masa yang lebih lama. Saya tidak mahu keadaan mayat itu berterusan sehingga selesai kerja saya,'' jelas beliau. Menurut Mazli, beliau membuat siasatan di tempat kejadian pada hari pertama berhubung kes seorang anggota polis menembak remaja yang memandu kereta serta cuba melanggarnya secara berundur.

Walaupun keadaan gear kereta didapati berada pada huruf R, katanya, tiada sebarang kesan kenderaan itu berundur dijumpai pada tayar kanan depan dan belakang. Beliau turut berpendapat kereta Proton Iswara bernombor pendaftaran BET 5023 dipandu laju pada malam kejadian berikutan ia mampu memanjat tebing semasa terbabas selain melanggar tong sampah sehingga rodanya tercabut. Hasil pemeriksaannya, katanya, sebutir kelongsong peluru ditemui di atas rumput pada jarak kira-kira lapan kaki dari kereta tersebut.''Keempat-empat tayar kereta itu dalam keadaan pancit. Kerosakan pada kereta tidak begitu teruk. Tiada cukai jalan pada cermin hadapan kereta.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...