September 26, 2010

Pasar Borong, Jaga Parking


Aku ke pasar borong pagi tadi setelah rasanya dah terlalu lama tak pergi ke situ. Pasar borong Super Kinta tempat segala macam ikan dan keperluan dapur. Tujuan ku ke situ mencari ikan haruan untuk mem besar kat rumah yang tengah sakit2 pinggang sebab lama sangat baring agaknya. Huh..dia tak tau aku dah 2 bulan sakit ni, tak tau cemana nak abiskan 2 bulan lagi :)

Aman sungguh pagi Sabtu. Kalau hari2 biasa tu paginya kelam (mungkin sebab tau banyak kerja bertimbun di opis) tapi pagi Sabtu sungguh mengasyikkan. First korner nak menghala ke Pasar Borong teringat tempat aku selalu lepak selepas penat menjaga parking motor. Tu cerita kira2 10 tahun lalu 20 tahun lalu tu. Masa tu abis aje semester aku akan cari kerja sambilan. Sebut aje semua aku redah. Kilang roti, kilang kicap, kilang textile semua ada termasuklah jaga parking motor kat area Super Kinta ni. Tu belum cerita kerja bersihkan dandang ape ntah. Keluar je dari dandang tu tahap pendengaran aku jadi 20/60 sebab bunyi kuat semasa proses pembersihan.

Kerja jaga parking motor ni mula dari pukul 6 pagi sampailah jam 12 tengahhari. Setiap motor kena charge 20 sen je masa tu. Tu pun ade gak kena maki ngan pakcik2 sebab katanya seminit pun kena bayar parking ke? 20 sen beso yop valuenya 20 tahun dulu. Boleh gaduh besar silap haribulan. Tapi aku cekap masa tu, cekap songlap duit parking tu la. Dengan setiap 20 sen tu aku boleh main game kat Yik Foong. Kalau main game perang dunia kedua 20 sen tu boleh la dalam 10 minit ++. Kalau game lain 20 sen tu ade la 35 saat kot. Aku man man je songlap ade la dalam sehari tu 2 – 3 ringgit jugak. Abis je keje parking aku terus main game sampai la pukul 2 – 3 petang kat ground floor Yik Foong tu. Pas main baru teringat lapar nak makan.

Chop, chop. Bukan cerita songlap duit tu yang aku nak ceritakan tapi kerajinan aku cari kerja sampingan bila ada peluang. Banyak yang boleh dipelajari. Contohnya aku belajar memandu masa aku jadi konduktor bas mini Manjoi. Jarang anak Melayu belajar bawak kenderaan mula2 ngan bas mini. Aku dapat nasihat berguna pun masa aku kerja kilang kicap. Masa tu baru abis semester 1 ITM. Makcik kerja kilang kicap tu kasi satu nasihat katanya ”jangan jadi macam kami ni, dah tua tak boleh nak putar waktu...kena berusaha sampai berjaya...tapi bila dah berjaya jangan pulak meninggi diri” (dalam kes aku, memang tak leh tinggi dah 5’2” je max). Of all the nasihat yang aku pernah dengar, yang ni lah aku guna pakai sampai hari ini. Tu belum cerita aku sempat ngorat anak pompuan Fook Heng (bapak dia Fook Heng ada kedai jual sayur, etc) yang selalu aku senyum masa dia balik sekolah form 6.

Tapi itu dulu masa komitmen belum banyak, masa badan tengah kuat. Sekarang masa untuk buat tu semua dah tak ada lagi, komitmen dah bertimbun, badan pun dah lenguh sini lenguh sana. Yang boleh diperturunkan pada anak2 nanti cuma pengalaman yang sedikit nilah buat panduan dan pengajaran. Ntahla budak2 ni sekarang dah mewah sikit, mana reti nak jaga parking, apatah lagi nak kerja kilang kicap...

3 comments:

Yuyun@HanLeeYun a.k.a. KuLaT_NaKaL said...

wah, seronok baca pengalaman en. Capri grab peluang keje masa dulu2..tp bukanlah pasal songlap sen tu..hehe.. Keje kat kilang kicap, dandang, parking..emm..dandang tu ape? Sy x penah dengar plak..

Anonymous said...

Amiable post and this post helped me alot in my college assignement. Gratefulness you for your information.

capri... said...

Yun: Dandang tu tempat simpan air yang besar...so utk menghilangkan karat kena masuk kat dalam dandang tu kena cuci pakai pancutan air berkuasa tinggi. Pastu kena ketuk2 tu yang bunyi bising so pekak sikit lepas keluar dandang tu..

Anon: Glad to hear that..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...