September 19, 2010

Gomo Klate Gomo

Orang tua-tua kata jangan bicara pasal istana. Nanti kena murka kena tulah. Kata orang-orang tua lagi lebih baik rakyat mengelakkan diri untuk bercakap sembarangan tentang perkembangan terkini yang sedang berlaku demi memelihara kemuliaan institusi istana. Kalau tanya semua orang mesti memberikan jawapan yang serupa, mahu krisis ini diselesaikan dengan cara yang berhemah bagi menutup segala keaiban yang terjadi. Dengan pengumuman Datuk Shukri tempoh hari maka krisis ini dianggap berakhir, sekurang-kurangnya kepada rakyat yang mahukan penyelesaian secepat mungkin (mungkin orang2 politik juga).

Aku juga tak berniat untuk membicarakan krisis ini. Apalah yang aku tahu dengan institusi istana, Kelantan pulak tu. Cuma sebagai seorang anak dan ayah aku sedikit terkeliru dengan cara YTM Pemangku Raja menyelesaikan krisis ini...dengan mengistiharkan dirinya sebagai Sultan Kelantan yang baru. Off course 15 ahli Majlis Perajaan yang beliau ketuai menyokong perlantikan tersebut but didn’t it too obvious? Undang-undang tubuh kerajaan negeri juga bukan satu masalah kerana adanya majoriti 2/3. Maka pada 13 September 2010 satu sejarah kesultanan Kelantan telah tercipta.

Sultan dan Raja merupakan suatu simbol kebesaran sesuatu bangsa. Sultan/Raja itu payung kepada rakyat. Sultan is above the politics kata Sultan Perak. Raja Bhumibol Adulyadev di Thailand contohnya telah memerintah sejak tahun 1945 lagi. Beberapa kali diberitakan baginda gering dan tidak selalu bertemu dengan public kerana masalah kesihatan. Baginda mempunyai seorang putera dan 3 orang puteri yang bakal memerintah suatu hari nanti. Walaupun baginda seorang Raja berpelembagaan seperti juga di Malaysia tetapi baginda telah beberapa kali mencampuri urusan hal ehwal negara termasuklah krisis politik Thailand di bawah pemerintahan bekas PM Thaksin Shinawatra. Bila baginda gering, semua rakyatnya akan merasa kesakitan beliau. Bila beliau bersuara semua rakyat Siam akan diam mendengar. Dan beliau telah pun berumur 83 tahun...

Apa-apa pun kita memohon kepada kebijaksanaan DYMM Tuanku Al-Sultan yang baru dan pemimpin-pemimpin negeri untuk terus menyelesaikan kemelut ini. Air yang mengalir tak akan putus dicincang, apatah lagi kalau ianya melibatkan ayahanda dan bonda sendiri. Kepada Sultan Ismail Petra dan keluarga baginda bersama-samalah kita mendoakan kesejahteraan mereka dan sentiasa berada didalam lindunganNya.


DAJAL / ANTI-CHRIST (Lagu BPR yang tiada kaitan dengan posting di atas)

Dendam, Yang lama terpendam, Dari zaman ke zaman
Tersembunyi, Di balik gunungan, Menantikan arahan

Bertujuan, Membinasakan
Bertujuan, Untuk memesongkan
Manusia dipeluk rindu, Pada dunia yang palsu, palsu, palsu

Oh janganlah kau, Terpedaya dengan kalimah, Yang menyesatkan
Oh janganlah kau, Terpedaya dengan dajal, Yang menyesatkan

Dajal, Mungkin tak tersembunyi, Mungkin bermukim di hati
Tak punya belas, Tak punya simpati, Mata satu jinak dengan kemunafikan

Yang membela, Dajal dalam dada
Buta pada sumpah dan janjinya
Manusia dipeluk rindu, Pada dunia yang palsu, palsu, palsu

2 comments:

Yuyun@HanLeeYun a.k.a. KuLaT_NaKaL said...

memang suka dgr lagu2 rock 80-an krn sy m'besar bersamanya :)

capri... said...

Sama la kita..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...