Kini setelah 20 tahun perjanjian itu ditandatangani, Chin Peng yang diberitakan lahir di Sitiawan, Perak memohon untuk kembali ke kampong halaman untuk menghabiskan sisa-sisa hidup. Permohonan tersebut ditentang kerajaan Malaysia dengan alasan Pengerusi PKM itu gagal membuktikan dirinya adalah rakyat Malaysia yang sah. Banyak respon-respon yang diterima hasil dari tentangan ini khususnya daripada NGO, parti-parti pembangkang, individu malah bekas-bekas tentera & polis yang pernah merasa bahang kekejaman komunis.
PKM & MPAJA
Asalnya perjuangan PKM ni agak relevan hinggakan British mengurniakan Order of the British Empire (OBE – sama level ngan David Becham) kepada Chin Peng kerana jasanya melawan Jepun. Namun keinginan politik PKM untuk memperluaskan pemerintahan (selepas tamatnya WWII) khususnya pasukan Chin Peng sendiri (Tentera MPAJA) yang berfahaman radikal, memaksa elitis Melayu memainkan sentimen perkauman untuk membangkitkan semangat orang-orang Melayu waktu itu. Semangat itulah juga yang membawa kepada permulaan kebangkitan semangat kemerdekaan daripada penjajahan. (tapi semangat itulah juga yang mungkin menjadi asas kepada masalah perkauman di Malaysia sehingga ke hari ini).
Akhirnya MPAJA bubar dan Chin Peng serta rakan-rakan komunisnya memilih hutan belantara sebagai avenue kepada perjuangan. Moralnya jangan melihat OBE sebagai asas untuk meletakkan Chin Peng sebaris dengan ayah chor Tok Sagor, Si Putum atau Tok Gajah sebab pejuang-pejuang bangsa ini tiada langsung motif politik memerintah Tanah Melayu, apatah lagi melalui kekerasan.
KENAPA PERLU KEMBALI?
Persoalannya kenapa Chin Peng perlu kembali ke Malaysia? Alasan yang diberikan kerana beliau ingin menghabiskan sisa-sisa hidupnya di Malaysia. Tetapi kenapa sekarang? Kenapa tidak 20 tahun dulu sewaktu PKM bersetuju dengan perletakan senjata dan perjanjian damai? Kenapa tidak berkampung saja di Kampung-kampung baru seperti yang diwujudkan oleh Kerajaan untuk bekas-bekas komunis ini memulakan hidup baru? Adakah mereka sangka PKM akan menjadi relevan pada masa hadapan dan Chin Peng akan menguasai kembali Tanah Melayu?
Itu kalau dilihat dari sudut emosinya. Tapi sebahagian pemimpin pula melihatnya dari segi humanitarian ground. Zaid Ibrahim pernah mempersoalkan sekiranya Chin Peng itu dari keturunan Melayu, adakah kerajaan akan memberikan peluang kepadanya untuk kembali ke Malaysia? Apa bezanya Shamsiah Fakeh (juga Noordin M Top) yang kerajaan sendiri berusaha membawanya pulang dari negara China suatu waktu dulu? Apa sangatlah yang boleh dilakukan oleh orang tua yang hampir sama baya dengan Che Det ini? Beliau mungkin boleh disamakan dengan Che Det atau Lee Kuan Yew tapi the latter hebat di hutan batu, Chin Peng pula di hutan belantara yang sesungguhnya tidak relevan lagi di zaman yang penuh dengan kecanggihan IT ini. Tapi Chin Peng ni hebat. Beliau masih terus bernyawa (85 tahun) walaupun ramai musuh dan rakan yang mahukan beliau mati (sekali-sekala kena bersyukur masih menikmati kehidupan tak dibombard macam Tamil Elam Tiger di Sri Lanka).
Kembalinya Chin Peng ke tanahair dilihat oleh sebahagian pemimpin dan bekas-bekas tentera & polis yang berjuang pada zaman itu sebagai kemenangan moral Chin Peng (walaupun bukan kemenangan physical PKM) terhadap perjuangannya selama ini.
AKU KATA
Lebih baiklah kerajaan mengambil sikap berdiam diri, begitu juga dengan pembangkang. Lagipun Chin Peng tu dua tiga tahun lagi padam lah tu maka padamlah juga segala ideologi & tuntutan-tuntutannya. Lagipun kalau nak bawa balik Chin Peng dan bicarakan sebagai tahanan perang, overrule pulak Perjanjian Damai Hatyai tu. Ianya juga pasti akan mengundang isu perkauman. So Zaid, jangan disamakan Chin Peng dengan Nelson Mandela ke Hutu Tutsi Rwanda ke sebab kesnya tak sama. Deme mana ade perjanjian damai Hatyai...
Ada dua perkara yang amat sensitif kepada orang-orang Melayu...pertamanya Agama Islam dan keduanya kaum Melayu tu sendiri. Mana-mana satu kalau disensitifkan, boleh membangkitkan satu semangat yang jika dipedomankan ke jalan yang baik, maka baiklah jadinya. Tapi kalau dilandaskan ke jalan yang sebaliknya, pasti huru-haralah akibatnya.
Biarkanlah Chin Peng dengan survivalnya. Lagipun bukankah definasi ‘kematian’ dan ‘keganasan’ ditakrifkan dengan tepat oleh beliau? To Chin Peng, ingat...
kalau bagi penyapu, sure dapat balik penyapu,
kalau bagi RM1, confirm dapat balik value RM1,
kalau dah jadi Chimpanzee, makan ajelah banana di hutan Thailand...