November 20, 2012

After So Many Years…


Seingat-ingat aku kali terakhir aku warded di hospital adalah pada tahun 1986, masa kena jaundice kecik2 dulu… kira lama sangat dah tu. Biasa la in and out dari hospital sebab anak2 yang warded. Tu biasa tu.. tapi bukan  warded diri sendiri. So bila last Saturday yang lalu, aku diminta untuk warded..pehh!! stress tahap maksima lebih2 lagi bila kena duduk diam2 dalam MRI lebih 25 minit.

Trauma 26 tahun lalu sebab ‘bertarung’ dengan doctor cina tu pegang tangan kaki aku nak ambik darah masih belum habis lagi, memang sah la jangkaan aku yang post-MRI impact lebih menyiksakan. Daripada perfect BP 124/79 sebelum MRI kepada 150/100 setengah jam selepas tu. Lemah lutut sama lenguh2 bahu kesan kenaikan BP tu masih terasa walaupun dah keluar wad 3-4 hari ni. Stress tahap dewa2 betul..

Ceritanya tulang C5 paling bawah aku dah slipped. Kata doctor sebab duduk lama2 sangat. Mungkin betul tapi yang confirmnya sebab aku stressedkan pinggang masa nak mula main bola balik. That way like a year ago. Lepas pada tu sakit di pinggul tu on and off. Kalau angkat berat sket, sakit. Kalau duduk lama sket sakit. Nasib baik kalau masa tu tu..tak pulak sakit. Lagi kuat ada :-)

So lepas ni nak kena buat laser treatment sebab C5 tu taklah terlalu kritikal. Maknanya dia belum terlalu kuat menekan saraf walaupun kaki kiri dah mula terasa sedikit insensible (numb). Doktor suruh secepat mungkin tapi aku rasa kena settlekan hal pejabat sama tenteramkan jiwa lara ni dulu. Esok2 lain pulak jadinya kalau BP tetiba burst.


P/s - aku kena byk rilekkkkkks……

8 comments:

Tinta dari Lembah Kinta said...

Banyakkan rehat Mr. Capri. mungkin tahun baru nanti taklah stress mcm skrg ni ya

capri... said...

Tq Zam :-)

Anonymous said...

nape tak relaks2 atas katil? dok jalan sana sini lg kat ward tu....

capri... said...

Masa tu baru nak buat MRI scan..bp masih ok lagi... :-)

Ya-Wau-Ya-Wau-Nun said...

rileks banyak² en Capri... :)

capri... said...

Tq Yun...

Anonymous said...

Nk tnya laser teknik utk c5 buat kt hospital mana..ok ke

Anonymous said...

Nk tnya laser treatment ada kt hospital mana utk c5..ok ke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...