Penuturan sesuatu ayat memainkan peranan penting bagi menentukan ‘weight’ atau kesungguhan penggunaannya. Sebagai contoh, kalau kita katakan “Ali pergi ke sekolah” – tidak membawa apa-apa makna yang penting. Namun apabila penggunaan ayat tersebut ditambah kepada “Sesungguhnya Ali pergi ke sekolah” – pertambahan perkataan itu memberikan makna yang mendalam dan mempunyai ‘weight’ dalam penggunaannya. Apatah lagi sekiranya ayat tersebut dikuatkan dengan perkataan seperti “Sesungguhnya Ali benar-benar pergi ke sekolah” – maka kesungguhan dalam ayat tersebut akan lebih terserlah.
Maka aku teringat ayat lazim dari surah Al ‘Asr ayat 103: 1-3 yang biasa kita baca,
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu benar-benar di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran”
Bukan saja dua ‘weight’ di dalam ayat di atas tetapi ditambah pula dengan satu lafaz sumpah yang menjadikan ianya suatu ayat yang mudah, lazim tapi penuh dengan kesungguhan dan pengertian yang mendalam.
Minggu lepas ini beberapa sahabat lama dan rakan-rakan menyambut hari lahir. Rupa-rupanya Rizal sama hari lahirnya dengan Razman. Kami sama-sama di ITM Perlis, dalam satu cohort, satu kelas, satu group buat presentation dsbgnya. Empat hari lepas, hari lahir Sep (aka Ling nama manja masa di OPKIM IV dulu). Tajul juga birthday minggu lepas. Oh! tak lupa Raischa juga menyambut hari lahir yang pertama 9 september lalu. Kepada mereka2 ini semoga mereka dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa berada di kalangan manusia yang tidak kerugian seperti yang disebutkan di surah Al ‘Asr di atas. Amin..
P/s - Aku tau korang nak kata Raischa cute macam bapak dia jugak kan? kan? kan?
No comments:
Post a Comment