Minggu lepas sememangnya menuntut tenaga sehingga ke titisan peluh yang terakhir. Habis saja dengan AAC dan post-AAC, datang pulak accreditation visit untuk program-program Pasca Siswazah. Finally, hari Jumaat barulah dapat bernafas dengan sempurna. In between sessi accreditation, aku sempat bersembang dengan Dr M Noh. Dr M Noh ni kaki sembang tapi seronok sebab dia memang tahu detail, sometimes too detail. Dr M Noh bercerita tentang insiden 2007 masa dia kena endio sebab banyak artery yang dah block. Dia berumur dalam lingkungan 45 tahun ketika itu. Dia kata banyak block sebab setiap satu blockage kosnya sekitar RM20K. UTP kena bayar kos keseluruhan almost quarter million!
Anyway, seperti biasa Dr M Noh bercerita tentang detail in & out pasal fat, kolesterol dsbgnya yang amat mengconciouskan aku. Tapi di sebalik kejadian yang menimpa dirinya, Dr M Noh melihat bencana yang datang sebagai satu peringatan tentang kematian dan dalam masa yang sama betapa banyaknya rahmat Allah kepada manusia. Setiap hari selepas itu bagi Dr M Noh merupakan satu bonus dari tuhan kepada hambanya. Dia sentiasa membuat yang terbaik dan bersyukur dengan apa yang diberi.
Aku pula sebaliknya. Masih belum prihatin terhadap diri ini secara fizikal & spiritual. Bersyukur juga masih suam-suam kuku bergantung kepada naik turun iman di dada. Aku melihat kerja sebagai ibadah tapi terlalu mendesak diri sehingga kadang-kadang aku merasakan semua ini bukan lagi ibadah tetapi lebih kepada personal glory. Itu tidak sihat tu..
Aku perlukan ketenangan di kala beberapa hari lagi untuk menyambut Ramadhan Al Mubarak. Ketenangan yang menuntut aku mengurangkan desakan fizikal melampau dan keletihan minda. Seikhlas hati aku mohon ampun kepada keluarga & rakan taulan yang terkesan dari tempias ’desakan fizikal melampau dan keletihan minda’ minggu lepas.
P/s – Handy Black punya ketenangan,
No comments:
Post a Comment