August 01, 2012

Budaya Buat Dulu Maaf Kemudian


I remember preparing a slide on attitude and how it is relevant with one’s mindset. The attitude will determine how exactly you approach your life i.e. the way we think will determine the way we do things. What you portray physically comes from how and what you fill in to your head. For example, if someone has written something bad about you, you can assume that he must have an ill feeling towards you. If someone is always late, you can assume that he is always late for most of the things in his life. Attitude is usually shaped by the culture surrounding them. So this triangle thing is very much related to one another – mindset, culture and attitude.

The slide that I’ve prepared shows these correlations. Further, a superior performance culture comes from the way we think, the way we view things, habit of thinking and feeling towards certain issues, moment of truth and people surrounding us. What you see as the behavior is what you are made of in term of your mindset i.e. beliefs and attitude as well as your philosophy i.e. values and principle.

P/s – I wonder whether the guru tuisyen’s mindset is a manifestation of culture that is surrounding him? Too bad then....

----------------

Isu karikatur: Guru tuisyen mohon maaf
Sinar Harian, 1 Ogos 2012

JOHOR BAHRU  – Pusat tuisyen di daerah Ledang yang mencetuskan kontroversi kerana menggunakan karikatur dalam nota ringkas subjek Sejarah tingkatan empat menghina sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW tampil membuat permohonan maaf, semalam. Pengusaha pusat tuisyen, Lim Lee Yee, 26, hadir di Jabatan Pelajaran Johor di sini bersama guru terbabit, Ku Chong Yoong, 22, dan membuat permohonan maaf secara terbuka sambil disaksikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri, Mohd Nor A Ghani. Lee Yee berkata, segala alat bantu belajar serta proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dilakukan oleh setiap tenaga pengajar di pusat tuisyen itu akan dipantau dengan lebih teliti bagi mengelak berulang kejadian sama.

“Guru berkenaan (Chong Yoong) mengajar subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Subjek Sejarah hanya subjek tambahan yang diajar kepada pelajar tanpa mengambil yuran,” katanya. Bagi Chong Yoong, dia sudah meminta semua pelajar memulangkan kembali nota ringkas yang diberikan bagi mengelakkan keadaan bertambah keruh. “Saya meminta maaf kepada umat Islam terhadap tindakan saya yang tidak matang. “Saya benar-benar ikhlas memohon maaf kepada semua umat Islam di Johor, Malaysia dan seluruh dunia,” katanya.

Sementara itu, Mohd Nor berkata, Jabatan Pelajaran Negeri akan memberi surat peringatan dan amaran kepada pusat tuisyen serta guru terbabit. Terdahulu, Sinar Harian melaporkan sebuah pusat tuisyen di sini mencetuskan kontroversi apabila menggunakan karikatur dalam nota ringkas subjek Sejarah tingkatan empat, yang didakwa telah menghina sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...