July 15, 2012

Mascot Man & MADID


Aku dan Amin ke Mydin Meru semalam. Tempat baru warga Ipoh untuk ber’shopping’ dan menambahkan seri pada Ipoh yang ekonominya semakin menunjukkan tanda2 positif di bawah pemerintahan si ‘metalik’ – mengambil ayat kononnya sinikal, yang agak bodoh bagi aku, oleh Ngeh Koo Ham. Banyak barang2 kemudahan di situ dan harganya memang murah. Turun escalator di tingkat bawah, ada promosi Astro, agak meriah dengan cabutan bertuah dan mascot man. Hari minggu dan cuti umum memang beginilah aktiviti yang disukai warga Ipoh bersama keluarga masing-masing. 

Aku teringat sekitar tahun 1992, MPOC (Malaysian Palm Oil Council) mengadakan satu promosi minyak sawit di The Store, Ipoh. Entah macam mana punya arrangement, aku dapat salah satu watak jadi mascot man untuk promosi MPOC tu. Panasnya costume tu ya amat tapi disebabkan elaun RM40 ¼ hari punya kerja.. beress!! RM40 zaman-zaman tu kira kaya woo!! Siap dapat ambik barang-barang promosi lagi, susu, sabun mandi, segala bagai... Kalau Tan Sri Yusof tahu aku pernah jadi antara mascot man untuk MPOC, mahu digelakkannya aku masa meeting AAC baru-baru ni. Tan Sri Yusof adalah CEO MPOC dan merupakan ahli Academic Advisory Council kami. Beliau merupakan seorang ‘fighter’ untuk Malaysian Palm Oil industry especially when dealing with market discrimination (shielding US domestic biodiesel industry from foreign competition) by the US. Dia juga ada blog sendiri... so cool!!

Esok Amin akan ke tempat baru untuk menyambung pengajiannya. Kali ini dia akan ke Madrasah Idrisiah yang bersebelahan dengan Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar. Mulanya kami tak berapa pasti dengan sekolah ini tetapi setelah membuat sedikit homework, fahamlah kami yang sekolah tersebut merupakan antara sekolah ugama terulung di negeri ini. Ianya diasaskan semenjak 1922 oleh almarhum Sultan Idris I Mursyidul `Adzam Shah dan Tuan Guru Sheikh Haji Nawawi bin Haji Tahir. Madrasah ini telah mengalumnikan ramai tokoh antaranya mufti Perak sendiri, Dato’ Seri Harussani. 

Aerial view MADID

P/s - semoga Amin berjaya..

 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...