December 12, 2011

31.12.1985

Pernah sekali aku ditanya dalam sebuah sesi temuduga, apa yang membuatkan aku boleh melontarkan pandangan dan pendapat dengan amat berkeyakinan sekali? Aku menjawab dengan tenang bahawa aku telah memperajakan dua ayat ini dalam kehidupan… ‘independent’ dan ‘survival’ semenjak lebih 25 tahun lalu. Hari esok genaplah 26 tahun kembalinya arwah abah ke rahmatullah. Maka selama itulah juga aku telah menggunapakai dan mempraktikkan kedua-dua ayat di atas dengan baik sekali.

Tahun ini agak sedikit sinonim dengan kehilangan abah 26 tahun yang lalu. Tahun yang sama sekitar Disember 1985, aku anak sulung yang berumur 12 tahun. Tahun ini Amin juga (anak sulungku) akan menginjak ke umur 13 tahun. Cuma kematian arwah abah adalah pada hari Jumaat dan 13hb tahun ini jatuhnya pada hari Selasa. Apa2 pun rezeki setiap anak Adam berbeza2. Jadi aku cuma boleh berdoa dan bertawakal kepadaNya kerana itu saja yang termampu aku lakukan di kala ini.

“Ya Allah Ya Tuhanku, cucurilah rahmat dan kasihilah kepada kedua ibu bapaku seperti mereka mengasihi dan menyayangiku sewaktu aku kecil"

Al Fatihah
Mohd Ariff B Salim
1946 – 1985


P/s - Hidup dengan gumbira? Sapa yang tak mau gumbira? Cuma adakah kita hanya mampu bergumbira di dunia yang singkat ini atau layakkah kita meneruskan buat selama-lamanya di alam yang satu lagi? 

1 comment:

Yuyun said...

Al-fatihah buat arwah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...