Satu jenis permainan yang tak pernah aku berpeluang bermain…ragbi. Dengan ketinggian 155 dan berat badan ‘ideal’ 45kg (suatu masa dulu) takde mana-mana pasukan yang berminat walaupun aku ada kelebihan kelajuan, kehenseman dan pelbagai ke lagi lah :-0. Aku ingat kata-kata Maran, kalau aku try jugak patah riuk jangan sesekali salahkan depa. Aku demotivated, takut sebenarnya, so aku pun tak pernah try2 sampailah hari ini. Namun bak kata orang tua-tua, the flame masih burning dalam diri so itu pasal la RWC2011 sangat2 aku tunggu.
Ragbi bagi aku satu permainan yang menerujakan juga mengghairahkan. It’s a combination of both kekuatan dan kepandaian. Jarang ada permainan yang sebegitu. Pemain ragbi pulak ada character2 mereka yang tersendiri. Dulu di ITM budak-budak ragbi ni selalu dipandang tinggi, sama tinggi dengan ketinggian masing2. Ujang flyhalf contohnya walaupun tak memiliki ketinggian yang boleh ’dibanggakan’, tapi ada character gila-gila yang tersendiri. Pernah sekali tu masa dia tengah tension study, di soundnya katak2 dekat longkang besar hostel Halban supaya berhenti berbunyi. Dia boleh jerit sekuat2 hati sampai satu dorm terkejut. Lepas 2 minit terdiam katak2 tu semua. Study dia maintain 3 pointer every semester. Sarjen (lock - budak TI) badan punyalah besar Extra XXXL ala-ala Kumin tapi hati ada sikit sentimental. Awek dia comel je saiz S. Ada sekali tu kita org balik cuti semester masa tengah tunggu keretapi awek dia tertidor dekat kaki Sarjen, cute sesangat. ;-)
Masa mula-mula di ITM, budak freshie cam aku ni tak reti lagi properly dressed so pi beli makan kat gerai siap pakai kain pelikat lagi tu. Lalu pulak ikut hostel Halban tempat senior-senior melepak. On the way balik beli pisang goreng malam tu aku kena tahan. Muka-muka pembuli2 senior semuanya turun. Dalam hati abislah aku ’dikerjakan’ bebudak senior ni. Nasib baiklah dalam kain ada seluar pendek malam tu kalau tak berbogel la aku balik Jati agaknya..huhu. Bila geng2 senior ni tanya aku asal dari mana? Aku jawap ’Manjoi’ terus Krull datang. Dia kata budak Manjoi jangan sapa-sapa berani usik sebab budak kampung dia. Muka toreh takde darah kembali jadi merah gumbira penuh dengan bangga diri sekejap. Selamat aku. Rupanya Manjoi ni sama level dengan Kuala Perlis a.k.a tempat gengster-gengster bertapak di Perlis. Lepas peristiwa itu takde sapa berani kacau aku lagi. Krull pemain ragbi ITM budak final year. Awek dia Popeye (sebab tengkuk dia agak panjang skit) bekas pelajar terbaik Hartford Univ, US masa depa sama2 melanjutkan pelajaran mid 90an dulu. Last aku jumpa Krull dgn Popeye dia dah bawak Merc S280 raya hari lepas. Agaknya Popeye punya kut sebab dia anak org kaya KL dengar critanya.
Anyway, All Blacks berjaya juga menang balik World Cup selepas gap 24 tahun. Last sekali masa depa menang first WC 1987. Ironinya final dan semi-final mempertemukan empat pasukan dari kejuaraan 1987 tu dan pemenangnya pun pakai skrip yang sama. Tahniah kepada Ritchie McCaw dengan rakan-rakan sepasukan. Dia sememangnya rugger yang akan jadi legenda selepas nama-nama besar lain seperti Jonah Lomu, John Kirwan, Rokococo, Sean Fitzpatrick, Dan Carter, dsbgnya.
Tapi yang paling syoknya bila tengok Piri Weepu menjelirkan lidah bila dia lead All Blacks dengan Hakka...
Ringa Pakia, A Ka Mate, Ka Mate, (‘Tis Death, ‘Tis Death)
Ka Ora, Ka Ora (‘Tis Life, ‘Tis Life)
Ka Mate, Ka Mate (‘Tis Death, ‘Tis Death)
Ka Ora, Ka Ora (‘Tis Life, ‘Tis Life)
Tenei Te Tangata (This is the man)
Pu Huru Huru (The fierce powerful man)
Nana I Tiki Mai (It was he who captured)
Whaka Whitti Te Ra (The sun and caused)
A, Upane, Karupane (it to shine)
Upane, Karupane (Its rises and sets)
Upane, Karupane (Rises and sets)
Whitti Te Ra (The Sun Shines)
Hiii....