Bulan Ramadhan tahun ini begitu mencabar. Mencabar dengan kerja-kerja pejabat yang semakin menimbun, mencabar kerana dah dua kali Nora ‘mengunjungi’ ISC. Tapi aku tak berniat nak memperkatakan tentang cabaran pada diri aku yang tak seberapa ini jika dibandingkan dengan cabaran yang dihadapi oleh ugama, bangsa dan negara. Sesungguhnya kehadiran hari kemerdekaan di bulan yang mulia ini begitu mengujakan untuk diperkatakan.
UGAMA, BANGSA
Ugama, bangsa dan negara di tanah air yang tercinta ini dicabar secara berterusan. Cabaran untuk mengamalkan agama Islam di Malaysia ini tidaklah sehebat seperti cabaran kaum Champa di Laos, orang-orang Islam Selatan Thai atau bangsa Moro di Selatan Filipina, apatah lagi cabaran yang dilalui oleh Palestinian, Bosnian atau Kashmiri. Cabaran berugama di Malaysia ini lebih kepada cabaran untuk megekalkan kefahaman dan mengelakkan kekeliruan dalam berugama.
Cabaran juga datangnya dari sekumpulan manusia yang aku gelar ‘pengeksploitasi’ ugama. Walaupun kerja-kerja yang mereka lakukan taklah sehebat mana tapi ruang yang diberikan kepada mereka ini terlalu besar, terlalu luas menyebabkan mereka ini dianggap jaguh. Orang Melayu ni agaknya sebab selalu sangat tengok cerita Hindustan, cukup beremosi bila cerita-cerita jaguh, hero kalah dulu ni diputarkan. Sanggup mendoakan kesejahteraan orang lain, Sultan pun boleh diketepikan. Kalau iya pun nak mendoakan si Guan Eng masuk Islam ke, jadi Khalifah ke, buat la diam-diam..kalau dah terang-terangan tu macam bunyi politik aje bunyinya.
Entah ape salahnya bebudak 14 – 17 tahun berbangsa Cina sanggup melontar cat merah dan botol2 arak ke Masjid? Marah sangat rupanya budak2 ni kepada Masjid tu. Aku melihat kejadian ini bertunjangkan unsur-unsur kebencian kaum yang semakin membara di Malaysia ini. Juga unsur-unsur kebiadapan dan keterbukaan mereka terhadap kaum Melayu dan ugama Islam. Cumanya orang Melayu ni terlalu berlembut, terlalu mudah menerima permohonan maaf, terlalu ramai yang mahu menjadi si kitul walaupun ianya boleh mengakibatkan perpecahan bangsa itu sendiri. Kasi makan berbuka puasa, salam2 sikit masuk TV kira settle la tu. Lihat sahaja kaum Cina. Mereka berduyun-duyun masuk ke negara ini tapi tidak pernah meninggalkan budaya mereka di kampong halaman. Budaya mereka dibawa kemana-mana, diamalkan dan ditegakkan dan mereka sanggup mati kerananya. Tunku dulu patutnya ikut polisi yang diamalkan oleh Indonesia, Thailand atau Filipina yang pemerintahnya memaksa asimilasi kaum. Sekurang2nya isu-isu kaum, isu pendidikan vernacular, isu2 dasar ekonomi dan sebagainya ni dapatlah diminimakan.
DAN NEGARA
Baru-baru ini sekali lagi Malaysia dicabar dengan kebangkitan rakyat Indonesia. Habis bendera, gambar PM dibakar, dikencingkan. Kedutaan dibaling dengan najis. Siti Nurhaliza je yang boleh menarik nafas lega. Subuh tadi ade la dua orang Malaysia yang nak buat chaos di KBRI tapi tak sempat nak buat dah kena cekup. Bersahur kat lokap la mamat tu.
Soalannya takkan dua orang aje? Mana dia demo besar2an rakyat Malaysia mengutuk perbuatan rakyat Indonesia ini? Mana dia Hindraf, mana hilangnya Perkasa, mana menikusnya grup anti ISA, grup Bersih dsbgnya. Jaguh untuk mengutuk Malaysia aje ke kita ni? Walaupun seorang askar berpangkat Kapten dalam Angkatan Tentera Malaysia (yang happen to be my wife’s cousin) mengatakan pihak tentera kedua2 negara akan mengamalkan sikap berkecuali, tapi seharusnya kita perlu berjaga-jaga dengan ancaman tersebut. Ancaman ini benar, ancaman ini amat praktikal. Cuma satu, setiap kali kebangkitan rakyat Indonesia ni setiap kali jugaklah Indonesia dilanda bencana alam.
Jadi sempena kemerdekaan di bulan yang baik ni marilah kita mengamalkan sifat asobiyah. Asobiyah terhadap ugama kita, bangsa kita juga asobiyah terhadap negara yang kita cintai ini. Kita dicabar dari segenap sudut dari atas dari bawah. Kalau kita tak sedar lagi aku rasa kita tak akan sedar sampai bila-bila.
Aku tinggalkan blog ini dengan irama patriotik Aris Ariwatan. "Tepis ke kanan kalau ada katakan, kita masih anak hingusan. Sinsingkan lengan demi kamajuan, jika bangsa jadi taruhan"Selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia, Malaysian..
2 comments:
yup, benar apa yg diperkatakan en. Capri tu.. Hari merdeka bukanlah hari utk memacak bendera kat rumah, opis atau kat kreta semata-mata. Malah bukan juga utk tegak terpacul dengan jeritan MERDEKA bila tiba time 12 mlm. Rakyat Malaysia khususnya kaum Melayu sendiri harus bangkit dr sekarang..sesungguhnya isu perkauman telah menjadi-jadi sekarang ni. Pengisian ilmu amat kurang di dada2 anak melayu malah hiburan jua yg dibangga-banggakan.. Tiada erti merdeka sebenarnya..
Selamat Hari Merdeka bro..
Post a Comment