Kalau Harvard yang cakap, mungkin betol kot?!!
P/s - bila la nak merubah cara berdiet dan bersukan nih??
February 17, 2012
Bolasemput..
Bila orang tua-tua nak mula main bola lagi...
End of the day, kena 2-0...
Selasa next week main dengan Security pulak. Hopefully, we could turn down the table by beating them and secure at least 2nd place.
February 13, 2012
P'Jaya, Melaka & Ostat
Pernah seseorang memberitahuku hati akan tenang melihat anak-anak yang belajar di Tahfiz. Aku setuju dengan kenyataan itu sekarang. Melihatkan air muka bersih lagi bercahaya sungguh menenang dan mengasyikkan. Baliknya dari cuti, ke masjid dia seorang diri. Tidak berdiri dari sejadah sepanjang Maghrib ke Isyak mengalunkan zikir2 dan menghafal mana yang perlu. Itu cuma after a span of one month di Maahad, belum lama lagi tu. Pelaburan yang sebeginilah yang paling berbaloi bagiku..
Cuti sekolah kami ke Putrajaya melawat Maksu yang khabarnya tidak berapa sihat. Sesampainya kami di sana dia sudah ok. Agaknya dia rindu cucu-cucunya. Hari kedua dia sudah sanggup menemankan kami ke The Mines. Rupanya hari yang sama 5/2 merupakan hari ulangtahun kelahiran Pojie. Family outing hari itu menjadi lebih gembira. Apa sangatlah RM250 harga tiket boat ride tu kalau nak dbandingkan dengan harga kegembiraan family outing? Happy Birthday my one and only adikku Pojie..
MELAKA
The next day kami ke Melaka melawat Mak Yang yang baru mendapat baby.Sepupu budak2 tu diberi nama xxxxx. Xxxx tu sebab aku tak berapa nak catch up nama baby boy tu yang bagi aku tak biasa didengar (unik gitu). Nanti la aku riki balik kemudian hari dan dipostingkan di blog ini..
Kami kemudiannya mengambil kesempatan meneroka beberapa Galeri dan Museum sekitar Banda Hilir…
OSTAT
Kaedah serta methodology pengajaran dan pembelajaran perlukan perubahan. Perubahan yang diperlukan bukan sahaja melalui cara mendidik tetapi juga psychology dalam pendidikan. Seorang guru yang baik bukan sahaja dapat memberikan kefahaman tentang pembelajaran tetapi dalam masa yang sama mesti juga dapat memahami suasana, situasi dan lain-lain aspek non-education pada setiap masa. Otherwise, seorang guru hanyalah seorang guru yang memahami teori daripada buku yang dibaca.Tidak lebih dari itu i.e. tidak dapat memberikan pemahaman tentang situasi yang praktis kepada anak-anak didiknya.
Jadi, bila mana ustaz di Maahad Tahfiz mula mengherdik, merotan malah memukul anak murid yang tidak dapat mengikuti pembelajaran, aku jadi tercabar. Tercabar kerana aku merasakan ustaz muda tersebut perlukan seseorang untuk memberitahunya apa yang teori dan apa pula yang praktis? Apa yang prinsip dan apa pula yang secondary?
Aku juga pernah memukul dan merotan, aku juga biasa memarahi. Akan tetapi semuanya berdasarkan prinsip kesalahan tersebut.Kalau menipu misalnya, melawan ibubapa contohnya, yang merupakan kesalahan-kesalahan prinsip, memang tindakan tegas akan kuambil. Tapi kalau pelajar tidak tahu, tak faham, tidak mengerti…. Adakah itu kesalahan prinsip atau kesalahan secondary? Kesalahan secondary tidak memerlukan herdikan apatah lagi rotan. Atas dasar inilah aku bersemuka dengan ustaz muda itu petang tadi..
At the end of the day, aku harap dia faham yang teguran ini adalah untuk kebaikan semua. Apa baiknya kalau budak2 trauma dan tidak mahu meneruskan pengajian. Adalah lebih afdal jika dia mellow down dan mula cuba memahami situasi.
P/s – Aku sayang anak aku..
Subscribe to:
Posts (Atom)